Di pendekkan cerita, aku dapat kerja di utara Tanah air . Pelbagai masalah Mr.F hadapi dalam tempoh aku akan pindah kesana . Majikan aku tidak mahu lepaskan aku awal kerana tiada pengganti . Jika dilihat pada perjanjian bertulis , seharusnya aku berakhir pada hujung bulan .
Masalah timbul
Mr. F whatsapp kata dia akan turun KL untuk menjemput ku ke utara pada hari yang masih aku perlu bekerja . Kalau aku unpaid leave , gaji kurang . aku cuba untuk dapat gaji full untuk kali yang terakhir . Company baru nanti jauh lebih rendah dari sekarang .
Mr.F marah sebab aku hanya cuti sehari setengah sebelum masuk kerja di company baru di sana . Bila masa nak kemas rumah yang kami nak duduk ???
Antara kerjaya dan rumah tangga ?
Secara jujurnya,
aku takut ,
aku resah ,
aku gelisah ,
kadang tu terfikir , sudah sediakah diri ini untuk jadi isteri sepenuh masa ?
sudah satu tahun setengah hidup seperti orang bujang .
tiba masa untuk uruskan hal ehwal rumahtangga .
Sikap Mr.F lately buat aku takut . adakah itu kerana masalah yang Mr.F sedang lalui atau sememangnya dia begitu ?